Pengasas sekolah ini ialah Dato' Demang Baba bin Dato' Sidang Saad. Beliau adalah pemimpin masyarakat jajahan ketika itu. Beliau merupakan anak watan yang begitu mementingkan pembelajaran anak-anak. Atas kesedaran dan rasa tanggungjawab yang begitu kuat serta kuasa yang ada padanya, akhirnya dengan bantuan dan kerjasama penduduk kampung maka terlaksanalah cita-citanya untuk membantu anak-anak buahnya mendapatkan pelajaran yang sewajarnya pada waktu itu. Ketika ditubuhkan murid di sekolah ini berjumlah 16 orang dengan tenaga pengajarnya seramai dua orang guru.
Pada tahun 1900, sebuah sekolah baru telah dibina di atas lokasi sekolah sekarang dengan nama Sekolah Melayu Serkam.Pada tahun 1956 Sekolah Melayu Serkam bertukar nama iaitu Sekolah Umum Serkam.
Selepas merdeka sekali lagi sekolah ini bertukar nama iaitu Sekolah Kebangsaan Serkam hinggalah ke hari ini.Bangunan tambahan pertama yang dibina iaitu sebuah bangunan kayu pada tahun 1924.Diikuti bangunan tambahan kedua juga bangunan kayu iaitu pada tahun 1965.
Seterusnya bangunan tambahan ketiga sebuah bangunan batu pada tahun 1977.Pada tahun 1990 Sekolah Kebangsaan Serkam mendapat sebuah lagi bangunan tambahan iaitu sebuah bangunan batu.Dan pada tahun 1999 ini, Sekolah Kebangsaan Serkam mendapat sebuah lagi bangunan tambahan iaitu bangunan batu.
Senarai Mantan Guru Besar Sekolah Kebangsaan Serkam :
1. Hj. Tain bin Hj. Tahir
2. Hj. Jaamat bin Idris
3. Hj. Jantan bin Chombok
4. Hj. Jaafar bin Muhammad
5. Hj. Ab Ghani bin Abu
6. Md Yasin bin Mahat
7. Hj. Ab Rahim bin Baba
8. Hj. Md Said bin A. Bakar
9. Hj. Harun bin Ngah
10. Hj. Abdollah bin Mohammad
11. Hj. Talib bin Sudi
12. Hj. Ab Samad bin Hj. Ahmad
13. Hj. Hassan bin Hj. Omar
14. Hj. Hassan bin Hj. Ibrahim
15. Alias bin Hj. Ab Latib
16. Ramlah bt. Hj. Majid
17. Pn Hjh Rosiah Bt Hj Ismail
18. Pn Hjh Nora Bt Ismail
19. Hj Abbas bin Aman